Isnin, 23 Januari 2017

Platform hiburan terhebat, Steam

Steam, adalah evolusi yang besar dalam industri permainan video pada masa kini. Steam dibangunkan oleh Valve Corporation yang terkenal dengan membangunkan permainan video yang hebat seperti Counter Strike, Half-Life, Left 4 Dead, Dota 2 dan lain-lain lagi. Platform Steam membolehkan pengguna bermain permainan video secara di dalam talian (online) atau luar talian (offline). Selain itu, ia juga membolehkan pengguna bermain secara berpasukan (multiplayer gaming) dan secara tidak langsung ia berfungsi sebagai salah satu medium media sosial kerana pengguna boleh berhubung dengan rakan-rakan permainan, berhubung dengan komuniti di dalam forum, dan pengguna boleh berkongsi hasil karya mereka termasuklah permainan video indie hasil ciptaan mereka sendiri melalui Steam Workshop.  

Untuk menggunakan platform steam, anda hanya perlu memuaturun (download) perisian Steam di laman web Steam http://store.steampowered.com/about/ secara percuma. Bukan itu sahaja, Steam juga menyokong sistem operasi (operating system) Windows, Mac, dan Linux (hanya untuk versi 64-bit sahaja). 

Steam juga telah mengambil langkah yang proaktif dengan konsol permainan Steam sendiri yang dinamakan sebagai Steam Machine / Steam Box yang dioperasikan dengan sistem operasi Steam sendiri yang dinamakan sebagai Steam OS yang berasaskan sistem operasi Linux, Debian. Dengan adanya konsol permainan ini, pengguna boleh bermain permainan video kegemaran mereka di Televisyen. 


Platform Steam bukan sahaja telah merevolusikan permainan video komputer, malah ia juga memberikan alternatif kepada pengguna untuk mencuba terlebih dahulu permainan sebelum membeli permainan video dengan bermain edisi percubaan (trial) dan secara tidak langsung penggunaan platform ini juga dapat mengurangkan jenayah cetak rompak di kalangan pengguna.

Sabtu, 21 Januari 2017

Apakah Kod QR (QR Code)?


Apakah kod QR (QR Code)?

Kod QR (QR Code) adalah singkatan bagi perkataan Quick Response Code (Kod Respon Pantas). Ia berfungsi sebagai medium untuk pengguna mengimbas kod tersebut dan data akan diperolehi dengan pantas dan tepat.

Kod QR pertama kalinya digunakan pada tahun  1994 oleh syarikat automatif Jepun, iaitu Denso Cooperation di mana fungsi kod ini adalah untuk mengesan produk semasa proses pembuatan. 


Kegunaan Kod QR

Terdapat banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan daripada penggunaan Kod QR dalam kehidupan kita seharian. Anda hanya perlu memasang aplikasi pada telefon pintar anda dan anda tidak perlu membeli peralatan khusus untuk menggunakan kod QR. Antara kegunaan Kod QR adalah:

  1. Masuk ke laman web tanpa perlu menaip URL. Anda hanya perlu mengimbas kod tersebut dengan menggunakan telefon pintar anda.
  2. Oleh kerana kod QR dapat menyimpan data termasuklah data akaun bank atau kredit kad, pembayaran dengan menggunakan kod QR juga diperkenalkan. Terdapat bank di Republik Czech telah menggunakan sistem ini.
  3. Daftar masuk (Log In) ke web tanpa perlu menaip panjang pada Kata nama (username) dan Kata laluan (password).
  4. Anda juga boleh gunakan Kod QR meringkaskan email, no telefon, kad virtual, id facebook, id instagram anda dan sebagainya. Pengguna hanya perlu mengimbas Kod QR anda dan mereka akan dibawa terus ke pautan yang anda ditetapkan.
  5. Penggunaan Kod QR juga telah memperkenalkan inowasi konsep Kedai Virtual di mana pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR dengan menggunakan telefon pintar untuk membeli barangan keperluan harian dan barang tersebut akan terus dihantar di depan pintu rumah. Video di bawah menunjukkan bagaimana Tesco di Korea menggunakan konsep kedai virtual ini.



Bagaimanakah untuk kita menghasilkan Kod QR?

Anda juga boleh menhasilkan kod QR anda sendiri dengan mudah. Anda hanya perlu mencari pada enjin pencarian seperti Google.com dengan kata kunci "QR Code Generator". Terdapat banyak aplikasi web yang anda boleh gunakan dan ianya adalah secara percuma. Antara contoh aplikasi web yang anda boleh gunakan adalah http://www.qr-code-generator.com/


Mudahkan hidup anda dengan kod QR.


Khamis, 19 Januari 2017

Ingin menghasilkan rekabentuk grafik yang menarik dengan mudah? Cuba Canva.com

Jika anda ingin menghasilkan rekabentuk grafik yang menarik dengan mudah serta hasil seperti pereka grafik profesional, anda boleh mencuba aplikasi web Canva.com.


Hasilnya bukan sahaja menarik, tetapi ianya juga sangat mudah digunakan dan mesra pengguna (user friendly). Selain itu, ia juga menyediakan rekabentuk grafik dengan template-template rekabentuk yang popular digunakan di dalam media sosial seperti facebook dan instagram. Di sini, disertakan video tutorial untuk menggunakan aplikasi web Canva. 




Selamat mencuba!

Rabu, 18 Januari 2017

Sebaran Maklumat Penyeluk Saku Digital adalah PALSU.




Baru-baru ini kita dikejutkan dengan info viral tentang kaedah penyeluk saku digital. Info yang disebarkan ini adalah PALSU. Perkara ini juga telah disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Fungsi telefon pintar yang boleh mengimbas (scan) pada kad atau peranti-peranti elektronik seperti kad ATM adalah dengan menggunakan fungsi NFC. Fungsi NFC ini hanya ada pada telefon pintar yang tertentu sahaja dan pengimbas NFC hanya boleh mengimbas kad NFC jika ianya dekat dengan telefon pintar anda iaitu kira-kira 4cm sahaja. Ini menyangkal dakwaan info viral tersebut yang menyatakan bahawa kononnya telefon kaedah penyeluk saku digital ini boleh "mencuri" maklumat kad ATM anda pada jarak 1 meter (100 sentimeter).  

Apakah NFC?

NFC adalah Near Field Communication, suatu teknologi komunikasi data jarak dekat yang kurang 4 sentimeter. Teknologi ini biasanya digunakan di negara luar dalam proses jual beli. Untuk penjelasan yang lebih tentang NFC, anda boleh melihat video penjelasan di bawah. 




Anda tidak perlu risau dengan info viral tersebut kerana pihak bank juga sudah tentu memikirkan masalah-masalah ini bagi untuk keselamatan dan keselesaan pengguna. 

Isnin, 16 Januari 2017

Sistem Operasi Ubuntu

Entry sebelum ini telah membincangkan tentang jenis-jenis perisian yang kita boleh perolehi termasuklah perisian sumber terbuka (open source software). Untuk menjadikan peralatan komputer kita berfungsi, peralatan tersebut perlulah dipasang dengan perisian sistem operasi (operating system) terlebih dahulu. Setelah perisian sistem operasi dipasang, barulah perisian aplikasi (application system) akan dipasang bagi membolehkan kita melakukan sesuatu tugas dengan aplikasi yang sesuai.



Kebiasaannya, sistem operasi yang digunakan oleh majoriti pengguna komputer adalah perisian hak milik (proprietary software) iaitu perisian Windows yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft. Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang sistem operasi perisian sumber terbuka yang boleh dijadikan alternatif kepada sistem operasi Windows iaitu sistem operasi Ubuntu.

Apakah Ubuntu?

Ubuntu adalah sistem operasi yang ditambah baik dari versi edaran Linux Debian. Nama ubuntu datang dari bahasa Afrika Selatan yang memberi makna "Kemanusiaan untuk semua". Sistem opreasi ini di edarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma (Free Open Source Software - FOSS). Ubuntu di taja oleh syarikat Canonical Ltd. yang berpangkalan di United Kingdom milik usahawan Afrika Selatan iaitu Mark Shuttleworth. Ubuntu dibina berfokus untuk kebolehgunaan dan mesra pengguna. Sila lihat video youtube di bawah untuk melihat dengan lebih dengan sistem operasi Ubuntu.


Untuk mencuba sendiri pengalaman menggunakan sistem operasi Ubuntu, anda boleh terus memuaturun perisian ini di https://www.ubuntu.com/

Selamat mencuba.



Ahad, 15 Januari 2017

Mesin dan Perisian



Sesebuah mesin atau peralatan elektronik seperti komputer, laptop, tablet, dan telefon pintar memerlukan perisian (software) untuk membolehkan ianya berfungsi dan boleh digunakan. Terdapat dua kategori perisian iaitu perisian aplikasi (application software) dan perisian sistem operasi (operation system software). Perisian aplikasi adalah perisian yang biasa kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang tertentu seperti mendengar muzik, melayari internet, menaip, bermain permainan video dan sebagainya. Perisian sistem operasi (operating system) seperti Windows, Android, dan Ubuntu adalah perisian wajib dan asas bagi membolehkan sesebuah peralatan elektronik itu berfungsi. 

Terdapat beberapa jenis perisian yang perlu kita ketahui contohnya perisian hak milik (proprietary software), perisian sumber terbuka (open source software), perisian percuma (freeware), dan perisian kongsi (shareware).

Perisian hak milik (proprietary software)
Perisian yang berbayar dan kod sumber (source code) untuk perisian tersebut tidak boleh dilihat dan diubah oleh pengguna.

Perisian sumber terbuka (open source software)
Perisian yang lengkap dengan kod sumber  (source code) dan diedarkan kepada pengguna. Pengguna dibolehkan menukar, menggunakan, atau mengedar asalkan semua pindaan ditanda dengan jelas dan nama serta notis hak milik penulis asal tidak dibuang atau diubahsuai.

Perisian percuma (freeware)
Perisian yang boleh didapati secara percuma tetapi ianya tidak mendedahkan kod sumber (source code) perisian tersebut.

Perisian kongsi (shareware)
Perisian yang boleh didapati secara percuma tetapi ianya tidak mendedahkan kod sumber perisian tersebut. Biasanya ia hanya boleh digunakan dalam tempoh percubaan sahaja (trial version) dan fungsi yang terhad. Sekiranya pengguna mahu menggunakan perisian itu selepas waktu percubaan atau mahu menggunakan perisian tersebut dengan fungsi yang penuh, pengguna hendaklah membeli perisian tersebut.




Ingin melihat isitilah-isitlah komputer yang lain? Anda boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/

Post Pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua.

Post pertama ini adalah post perasmian blog ini. Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah sebagai perkongsian kepada semua tentang infomasi-infomasi yang menarik terutamanya tentang teknologi dan perisian sumber terbuka (Open Source Software).

Semoga Blog ini memberi manfaat untuk semua.