Ahad, 15 Januari 2017

Mesin dan Perisian



Sesebuah mesin atau peralatan elektronik seperti komputer, laptop, tablet, dan telefon pintar memerlukan perisian (software) untuk membolehkan ianya berfungsi dan boleh digunakan. Terdapat dua kategori perisian iaitu perisian aplikasi (application software) dan perisian sistem operasi (operation system software). Perisian aplikasi adalah perisian yang biasa kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang tertentu seperti mendengar muzik, melayari internet, menaip, bermain permainan video dan sebagainya. Perisian sistem operasi (operating system) seperti Windows, Android, dan Ubuntu adalah perisian wajib dan asas bagi membolehkan sesebuah peralatan elektronik itu berfungsi. 

Terdapat beberapa jenis perisian yang perlu kita ketahui contohnya perisian hak milik (proprietary software), perisian sumber terbuka (open source software), perisian percuma (freeware), dan perisian kongsi (shareware).

Perisian hak milik (proprietary software)
Perisian yang berbayar dan kod sumber (source code) untuk perisian tersebut tidak boleh dilihat dan diubah oleh pengguna.

Perisian sumber terbuka (open source software)
Perisian yang lengkap dengan kod sumber  (source code) dan diedarkan kepada pengguna. Pengguna dibolehkan menukar, menggunakan, atau mengedar asalkan semua pindaan ditanda dengan jelas dan nama serta notis hak milik penulis asal tidak dibuang atau diubahsuai.

Perisian percuma (freeware)
Perisian yang boleh didapati secara percuma tetapi ianya tidak mendedahkan kod sumber (source code) perisian tersebut.

Perisian kongsi (shareware)
Perisian yang boleh didapati secara percuma tetapi ianya tidak mendedahkan kod sumber perisian tersebut. Biasanya ia hanya boleh digunakan dalam tempoh percubaan sahaja (trial version) dan fungsi yang terhad. Sekiranya pengguna mahu menggunakan perisian itu selepas waktu percubaan atau mahu menggunakan perisian tersebut dengan fungsi yang penuh, pengguna hendaklah membeli perisian tersebut.




Ingin melihat isitilah-isitlah komputer yang lain? Anda boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan