Isnin, 16 Januari 2017

Sistem Operasi Ubuntu

Entry sebelum ini telah membincangkan tentang jenis-jenis perisian yang kita boleh perolehi termasuklah perisian sumber terbuka (open source software). Untuk menjadikan peralatan komputer kita berfungsi, peralatan tersebut perlulah dipasang dengan perisian sistem operasi (operating system) terlebih dahulu. Setelah perisian sistem operasi dipasang, barulah perisian aplikasi (application system) akan dipasang bagi membolehkan kita melakukan sesuatu tugas dengan aplikasi yang sesuai.



Kebiasaannya, sistem operasi yang digunakan oleh majoriti pengguna komputer adalah perisian hak milik (proprietary software) iaitu perisian Windows yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft. Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang sistem operasi perisian sumber terbuka yang boleh dijadikan alternatif kepada sistem operasi Windows iaitu sistem operasi Ubuntu.

Apakah Ubuntu?

Ubuntu adalah sistem operasi yang ditambah baik dari versi edaran Linux Debian. Nama ubuntu datang dari bahasa Afrika Selatan yang memberi makna "Kemanusiaan untuk semua". Sistem opreasi ini di edarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma (Free Open Source Software - FOSS). Ubuntu di taja oleh syarikat Canonical Ltd. yang berpangkalan di United Kingdom milik usahawan Afrika Selatan iaitu Mark Shuttleworth. Ubuntu dibina berfokus untuk kebolehgunaan dan mesra pengguna. Sila lihat video youtube di bawah untuk melihat dengan lebih dengan sistem operasi Ubuntu.


Untuk mencuba sendiri pengalaman menggunakan sistem operasi Ubuntu, anda boleh terus memuaturun perisian ini di https://www.ubuntu.com/

Selamat mencuba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan