Sabtu, 21 Januari 2017

Apakah Kod QR (QR Code)?


Apakah kod QR (QR Code)?

Kod QR (QR Code) adalah singkatan bagi perkataan Quick Response Code (Kod Respon Pantas). Ia berfungsi sebagai medium untuk pengguna mengimbas kod tersebut dan data akan diperolehi dengan pantas dan tepat.

Kod QR pertama kalinya digunakan pada tahun  1994 oleh syarikat automatif Jepun, iaitu Denso Cooperation di mana fungsi kod ini adalah untuk mengesan produk semasa proses pembuatan. 


Kegunaan Kod QR

Terdapat banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan daripada penggunaan Kod QR dalam kehidupan kita seharian. Anda hanya perlu memasang aplikasi pada telefon pintar anda dan anda tidak perlu membeli peralatan khusus untuk menggunakan kod QR. Antara kegunaan Kod QR adalah:

  1. Masuk ke laman web tanpa perlu menaip URL. Anda hanya perlu mengimbas kod tersebut dengan menggunakan telefon pintar anda.
  2. Oleh kerana kod QR dapat menyimpan data termasuklah data akaun bank atau kredit kad, pembayaran dengan menggunakan kod QR juga diperkenalkan. Terdapat bank di Republik Czech telah menggunakan sistem ini.
  3. Daftar masuk (Log In) ke web tanpa perlu menaip panjang pada Kata nama (username) dan Kata laluan (password).
  4. Anda juga boleh gunakan Kod QR meringkaskan email, no telefon, kad virtual, id facebook, id instagram anda dan sebagainya. Pengguna hanya perlu mengimbas Kod QR anda dan mereka akan dibawa terus ke pautan yang anda ditetapkan.
  5. Penggunaan Kod QR juga telah memperkenalkan inowasi konsep Kedai Virtual di mana pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR dengan menggunakan telefon pintar untuk membeli barangan keperluan harian dan barang tersebut akan terus dihantar di depan pintu rumah. Video di bawah menunjukkan bagaimana Tesco di Korea menggunakan konsep kedai virtual ini.



Bagaimanakah untuk kita menghasilkan Kod QR?

Anda juga boleh menhasilkan kod QR anda sendiri dengan mudah. Anda hanya perlu mencari pada enjin pencarian seperti Google.com dengan kata kunci "QR Code Generator". Terdapat banyak aplikasi web yang anda boleh gunakan dan ianya adalah secara percuma. Antara contoh aplikasi web yang anda boleh gunakan adalah http://www.qr-code-generator.com/


Mudahkan hidup anda dengan kod QR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan