Isnin, 23 Januari 2017

Platform hiburan terhebat, Steam

Steam, adalah evolusi yang besar dalam industri permainan video pada masa kini. Steam dibangunkan oleh Valve Corporation yang terkenal dengan membangunkan permainan video yang hebat seperti Counter Strike, Half-Life, Left 4 Dead, Dota 2 dan lain-lain lagi. Platform Steam membolehkan pengguna bermain permainan video secara di dalam talian (online) atau luar talian (offline). Selain itu, ia juga membolehkan pengguna bermain secara berpasukan (multiplayer gaming) dan secara tidak langsung ia berfungsi sebagai salah satu medium media sosial kerana pengguna boleh berhubung dengan rakan-rakan permainan, berhubung dengan komuniti di dalam forum, dan pengguna boleh berkongsi hasil karya mereka termasuklah permainan video indie hasil ciptaan mereka sendiri melalui Steam Workshop.  

Untuk menggunakan platform steam, anda hanya perlu memuaturun (download) perisian Steam di laman web Steam http://store.steampowered.com/about/ secara percuma. Bukan itu sahaja, Steam juga menyokong sistem operasi (operating system) Windows, Mac, dan Linux (hanya untuk versi 64-bit sahaja). 

Steam juga telah mengambil langkah yang proaktif dengan konsol permainan Steam sendiri yang dinamakan sebagai Steam Machine / Steam Box yang dioperasikan dengan sistem operasi Steam sendiri yang dinamakan sebagai Steam OS yang berasaskan sistem operasi Linux, Debian. Dengan adanya konsol permainan ini, pengguna boleh bermain permainan video kegemaran mereka di Televisyen. 


Platform Steam bukan sahaja telah merevolusikan permainan video komputer, malah ia juga memberikan alternatif kepada pengguna untuk mencuba terlebih dahulu permainan sebelum membeli permainan video dengan bermain edisi percubaan (trial) dan secara tidak langsung penggunaan platform ini juga dapat mengurangkan jenayah cetak rompak di kalangan pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan